Program Hip Mentor diperluas ke lebih banyak sekolah tahun depan

PUTRAJAYA 27 Sept. - Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor) yang bertujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah, akan diperluaskan ke lebih banyak sekolah pada tahun hadapan, kata Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik.


Beliau berkata, projek rintis HIP mentor yang melibatkan 28 mentor yang terdiri daripada guru Bahasa Inggeris yang telah pencen, diadakan di 27 sekolah terpilih selama tiga bulan bermula Julai lepas.

Sekolah terpilih itu ialah 15 di Selangor, Negeri Sembilan (lima), Perak dan Sarawak masing-masing dua dan masing-masing satu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Sabah.

“Tahun depan kami akan meluaskan lagi program HIP Mentor ini di sekolah serata Malaysia dan berharap lebih ramai lagi guru-guru pencen Bahasa Inggeris dapat membantu menjadi mentor kami.

“Mereka ini saya gelar superhero mentor kerana mereka telah mengorbankan masa secara sukarela dan percuma untuk membantu (program),” katanya kepada media selepas majlis penyampaian Sijil Penghargaan Program Pengukuhan Persekitaran Dwi Bahasa Sekolah di bawah Highly Immersive Programmes(HIP) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Baca selanjutnya : Utusan Online

Post a Comment

Previous Post Next Post