Sri Aman, Kuching dan Samarahan mencatat IPU sangat tidak sihat

Sri Aman, Kuching dan Samarahan mencatat IPU sangat tidak sihat


KUCHING (8 September 2019): Tiga kawasan di Sarawak hari ini mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat, meningkat satu kawasan berbanding dua, semalam.

Kawasan terbaru mengalami kesan teruk fenomena jerebu adalah Sri Aman, yang mencatat IPU 229 pada jam 8 pagi ini.

Kuching dan Samarahan terus mencatat IPU sangat tidak sihat, masing-masing 232 dan 213.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin, berkata enam lagi Stesen Pengawasan Udara Automatik mencatat IPU tidak sihat.

Stesen terbabit adalah Sarikei yang mencatat IPU 164, Miri (149), S K Baram (107), ILP Miri (137), Sibu (161) dan Mukah (101).


Baca selanjutnya : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/604662/3-kawasan-mencatat-ipu-sangat-tidak-sihat

Post a Comment

Previous Post Next Post