Tips elakkan penipuan yang menggunakan identiti mahkamah

JANGAN TERPEDAYA DENGAN PENIPUAN MENGGUNAKAN IDENTITI MAHKAMAH


Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan penipuan atau scam yang menggunakan identiti mahkamah. Jom ambil tahu tips dan perkongsian maklumat yang disediakan oleh Badan Kehakiman Malaysia | The Malaysian Judiciary seperti berikut:

1. Nombor talian rasmi mahkamah bukanlah dalam bentuk nombor telefon bimbit (010,011,012...)

2. Penyampaian dokumen mahkamah tidak akan dilakukan melalui panggilan telefon, e-mel atau WhatsApp.

3. Mahkamah tidak akan menghubungi orang awam mengenai tunggakan kad kredit, tunggakkan saman, waran penyitaan, waran pembekuan atau sepina.

4. Urusan mahkamah hanya dilakukan pada waktu pejabat sahaja.






Sumber :
https://www.facebook.com/161086313901684/posts/2696188247058132/

Post a Comment

Previous Post Next Post