7 Berita gembira Belanjawan 2020 untuk penjawat awam

7 Berita gembira Belanjawan 2020 untuk penjawat awam


Perkhidmatan Awam merupakan tonggak pentadbiran Kerajaan dalam mendokong kemajuan negara. Melalui Belanjawan 2020, Kerajaan menghargai sumbangan dan khidmat bakti penjawat awam.


  • COLA tambahan sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana
  • Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan kepada Anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam gred 56 dan ke bawah
  • Penebusan Awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.
  • Faedah Ex-Gratia kematian diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150 ribu
  • Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.
  • RM250 bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen. Bantuan dibayar sebelum akhir tahun 2019.

Sumber :



Post a Comment

Previous Post Next Post