Cara pengiraan Penebusan Awal GCR sebanyak 75 hari dengan wang tunai.

Cara pengiraan Penebusan Awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari dengan wang tunai.


PEMBENTANGAN Belanjawan 2020 baru-baru ini turut mengumumkan berkenaan penebusan Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi penjawat awam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan membenarkan penebusan awal GCR sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.

GCR adalah award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

Guru-guru di Malaysia, boleh rujuk jadual di bawah untuk formula pengiraan GCR.


Pengiraan di atas ialah untuk Penebusan Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi sepanjang perkhidmatan sebanyak maksima 150 hari (bagi contoh di atas 120 hari).

Penebusan Awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun mungkin boleh menggunakan formula yang sama dengan andaian:

1. Gaji akhir + imbuhan tetap = RM5000
2. jumlah cuti rehat terkumpul selepas 15 tahun perkhidmatan melebihi 75 hari.

1/30 x Cuti Rehat dikumpul melebihi 75 hari x Gaji Akhir + Imbuhan Tetap

Oleh itu
1/30 x 75 hari x RM5000 = RM12500

Menarik bukan? Wang tersebut bolehlah disimpan sebagai pelaburan di dalam ASB, Tabung Haji dan sebagainya atau pun bolehlah digunakan untuk tujuan bercuti ke mana-mana destinasi yang kita inginkan.


15 Comments

  1. Pekeliling nak tuntut bila nak keluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarikh surat feb tapi kan berlaku perubahan kerajaan, takut new government kata "NO" je hihihi

      Delete
  2. Saya pon sama menunggu..harap jpa bole balas komen secepqt mungkin..bole jalan2 dgn famly,

    ReplyDelete
  3. Tak sabar rasa nk habiskan...Lepastu bolehla kumpul balik plan2 klu panjang umur..hukhukhuk

    ReplyDelete
  4. kalau tak sampai 75 hari, boleh keluarkan ke?

    ReplyDelete
  5. kalau tak sampai 75 hari, boleh keluarkan ke?

    ReplyDelete
  6. Betul ke umur 45thn br boleh keluarkan?

    ReplyDelete
  7. Saya dah terlepas mengisi borang januari lepas... adakah permohonan pengeluaran ini boleh dibuat bila2 masa (jika cukup syarat).. ada sape2 boleh jawab

    ReplyDelete
  8. mohon sahkan kebenanrannya. surat siaran dah ada cuma takut annti ada pula kata new government tak sahkan. so kita nak kepastian

    ReplyDelete
Previous Post Next Post