Guru bersarapan bersama murid tahun depan
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Kementerian Pendidikan bercadang melaksanakan program guru bersarapan dengan anak murid pada tahun hadapan.
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, program itu bertujuan membolehkan guru dan murid berinteraksi dengan lebih berkesan selain mengeratkan hubungan antara pendidik dengan anak didik di sekolah.
“Kebanyakan masa berkualiti untuk diluangkan bersama keluarga adalah ketika makan dan kita cuba untuk mewujudkan suasana tersebut antara guru dengan anak didik mereka di sekolah.
“Interaksi guru dan anak murid ketika makan dilihat amat penting dan bukannya sekadar menunjukkan adab makan yang baik semata-mata. Sebab itu saya selalu galakkan guru makan bersama anak murid,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri tayangan istimewa filem ‘Raatchasi’ bersama warga pendidik di Setia Walk Mall dekat sini hari ini.
Baca selanjutnya : Utusan Online