KPM digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak

SHAH ALAM - Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap penganjur Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dengan kadar segera sebagai satu bentuk pengajaran kerana tidak menjaga sensitiviti beragama di Malaysia.



Beliau turut meminta supaya pihak berkuasa agama dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji sama ada wujud perlakuan jenayah syariah dan sivil.

"Saya mendesak Menteri Pendidikan mengambil tindakan kepada penganjur walaupun mereka telah memohon maaf kerana kini sudah menjadi corak merobek sensitiviti agama Islam dan kemudian minta maaf," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sumber :
https://www.sinarharian.com.my/article/52153/BERITA/Nasional/KPM-digesa-ambil-tindakan-terhadap-penganjur-Debat-Piala-Tun-Razak

Post a Comment

Previous Post Next Post