Peraturan CRK Guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

Cuti Rehat Khas (CRK) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017


  • Kelayakan Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah sepuluh (10) hari setahun.

  • Pegawai yang layak diberikan Cuti Rehat Khas adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institusi pendidikan.

  • Kemudahan Cuti Rehat Khas juga dipanjangkan kepada:
(a) Guru Sandaran/Guru Interim; dan
(b) Guru Kontrak.


Peraturan Dan Syarat Cuti Rehat Khas


  • Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.

  • Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata terhad kepada 10 hari setahun bagi tujuan-tujuan berikut:

(a) menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau
meninggal dunia;
(b) mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan;
(c) menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
(d) dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti
kebakaran, banjir dan sebagainya;
(e) menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga;
(f) mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau
di luar negara);
(g) menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
(h) menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
(i) perkahwinan pegawai atau anak pegawai

  • Pihak yang meluluskan Cuti Rehat Khas hendaklah memastikan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan tidak terjejas.

Download / Muat Turun Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017  - Cuti Rehat Khas (CRK) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Post a Comment

Previous Post Next Post