Takwim lengkap 23 tahun Gerhana Matahari yang akan dapat dilihat di Malaysia (2019-2042)
Sebagai rujukan ringkas, berikut ialah tarikh-tarikh penting fenomena Gerhana Matahari (samada Separa, Cincin dan Penuh) yang akan merentasi Malaysia dan sekitar Asia Tenggara sahaja bermula dari tahun 2019 hingga 2042.
26 Disember 2019 – GERHANA MATAHARI CINCIN DI MALAYSIA
21 Jun 2020 – Gerhana Matahari Separa
20 April 2023 – Gerhana Matahari Separa
2 Ogos 2027 – Gerhana Matahari Separa
22 Julai 2028 – Gerhana Matahari Separa
13 Julai 2037 – Gerhana Matahari Separa
26 Disember 2038 – Gerhana Matahari Separa
20 April 2042 – GERHANA MATAHARI PENUH DI MALAYSIA!
14 Oktober 2042 – GERHANA MATAHARI CINCIN DI MALAYSIA
Jenis gerhana ini mungkin berbeza dengan fenomena sebenar. Saya hanya letakkan apa yang kita akan dapat lihat dari langit Malaysia.
Sebagai contoh, pada 21 Jun 2020 fenomena sebenarnya ialah Gerhana Matahari Cincin, tetapi di Malaysia kita hanya dapat lihat fasa Gerhana Matahari Separa sahaja.
Tahun akhir ialah 2042 bersempena kembalinya Gerhana Matahari Penuh yang akan dapat dilihat dari Malaysia. Kali terakhir tanahair kita mengalami gerhana penuh ini ialah pada 24 Oktober 1995 !
Untuk dapatkan senarai lengkap fenomena ini yang berlaku di kawasan lain di dunia, boleh didapati dari laman web Xavier M. Jubier, NASA eclipse website atau TimeandDate.com
sumber: shahgazer Falakonline.net
Foto: Gerhana Anulus pada 26 Disember 2019
Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=134882087912398&id=112103123523628