TABUNG PENYELENGARAAN SEKOLAH KERAJAAN DAN IPTA

TABUNG PENYELENGARAAN SEKOLAH KERAJAAN DAN IPTA







Syarikat swasta, individu atau pihak yang prihatin terhadap sekolah dan institusi pendidikan di negara ini dipelawa menghulurkan sumbangan ke Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Tabung ini diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Malaysia dan hasil sumbangan kepada Tabung ini bakal digunakan untuk menyelenggara dan membaiki 8,284 buah Sekolah Kerajaan dan 159 buah Institusi Pendidikan Tinggi Awam yang telah dibina di seluruh Malaysia.

Sumbangan kepada Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan Dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967.

Lihat lanjut borang yang disediakan.


Sumber :
https://www.facebook.com/552890381416295/posts/2760439320661379/

Post a Comment

Previous Post Next Post