BOLEHKAH ISTERI MEMBAYAR HUTANG KERETA ARWAH SUAMI KEMUDIAN "KLIM" SEMULA

HUTANG : BOLEHKAH ISTERI MEMBAYAR HUTANG KERETA ARWAH SUAMI KEMUDIAN "KLIM" SEMULA?





1. Setelah suami meninggal dunia, hutang kereta tetap perlu diteruskan pembayaran agar bank tidak mengambil (tarik kereta). Kereta suami biasanya digunakan bersama-sama dengan isterinya.

2. Isteri secara jalan pintas menggunakan duitnya sendiri untuk pembayaran ansuran bulanan kereta walaupun tanpa pengetahuan waris-waris yang lain.

3. Isteri berbuat demikian supaya kereta ini boleh digunakan untuk urusan seharianya seperti bekerja, hantar anak ke sekolah, membeli barang harian, dan membeli makanan.

4. Jarang-jarang waris lain menguruskan hal rumah tangga ini yang kehilangan suami selama tempoh 4 bulan 10 hari, maka hal kereta arwah suami perlu dipastikan boleh digunakan terlebih dahulu adalah perkara yang difikirkan isteri.

5. 2 persoalan besar timbul, pertama bolehkah kereta ini digunakan terus tanpa perlu faraid dan kedua bolehkah isteri membayarkan ansuran terlebih dahulu kemudian klim?.

6. Sekiranya waris terdiri dari orang sebumbung seperti anak-anak dan isteri sahaja, sudah pasti persoalan ini mudah dirungkai. Tetapi jika wujud waris selain dari anak dan isteri, ia membawa 1001 kekusutan.

7. Tidak mungkin dengan hanya tips yang ditulis ini, mampu untuk merungkai semua masalah hutang kereta arwah suami. Fokus persoalan, bolehkah isteri klim semula pembayaran yang telah dibuat?.

8. Boleh tetapi perkara pertama isteri mestilah membuat catatan lengkap beserta resit dan bukti. Katakan isteri telah membayar 6x bulaan sebanyak RM 6,000 ( RM 1,000 x 6 buan )

9. Pusaka arwah terdiri dari KWSP RM 126,000, kereta RM 50,000 (hutang masih RM 20,000), takaful RM 50,000, akaun bank RM 3,000, unit amanah RM 52,000, ASB RM 5,000. Jumlah pusaka RM 286,000 dan hutang RM 20,000

10. Secara umum hutang perlu diuruskan dahulu maka RM 286,000 - RM 20,000 = RM 266,000. RM 260,000 perlu diagihkan mengikut kiraan faraid.

11. Waris terdiri dari isteri, 2 anak perempuan, mak, dan saudara kandung (kakak) di mana bahagian isteri 1/8 = 3/24, mak 1/6 = 4/24, anak perempuan masing-masing 8/24 (2/3 = 16/24 dibahagi 2 orang), dan kakak asobah = 1/24.

12. Memandangkan isteri telah membayar bahagian kereta sebanyak RM 6,000 tadi, maka sebelum agihan faraid isteri layak mendapat bahagian yang dibayarnya iaitu sebagai hutang arwah.

13. Sebenarnya jika mengikut perkiraan, isteri tidak perlu menggunakan duitnya tetapi boleh gunakan terus duit arwah yang ditinggalkan. Persoalannya sekiranya semua duit arwah tidak dapat dicairkan segera dan memerlukan surat kuasa yang memerlukan 3-6 bulan, maka kaedah bayar klim boleh terpakai.

14. Ada kerisauan tentang klim semula jika waris terdiri seperti di atas (no. 11) kerana mereka akan mempersoalkan tentang kegunaan kereta sebelum bicara pusaka.

15. Di sinilah sebenarnya waris terlupa tentang pengurusan harta pusaka yang mana tidak perlu pun tunggu sehingga bicara pusaka iaitu BERBINCANG.

16. Jika waris tidak berupaya membuat perbincangan, jemput pihak ke 3 datang ke rumah dengan secepatnya dan terus menyusun tentang 'strategi' faraid, jenis harta, pusaka, hutang-pitang dan akhirnya baru dibincangkan tentang failkan kes ke Pejabat Pusaka.

17. Ibarat seorang yang meninggal di kalangan ahli keluarga, jika ahli keluarga tidak mampu mandikan, kafankan dan tanam maka segera pihak ketiga datang ke rumah untuk membantu. Bukan sudah dikafankan dan tanam, barulah diajukan kepada pihak ke 3 adakah perbuatannya betul atau salah.

18. Pihak ke 3 jangan difahami dengan fahaman yang sempit mesti dilantik di dalam Wasiat (wasiat wasi/ pentadbir) tetapi sesiapa sahaja boleh jadi asalkan dia seorang yang betkemahiran.

19. Kereta pusaka ramai waris tidak tahu ia adalah satu aset yang menjadi bebanan dan bukan aset durian runtuh. Masakan tidak, nilai harta ini semakin susut dari hari ke hari tetapi bayaran hutang di bank tetap serupa. Baca ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2740988979303880&id=100001784143076

20. Kebiasaan keputusan berbincang :

a- Isteri akan menjadi pemilik kereta baru dan kereta tidak dijual

b- kereta tidak perlu ditebus bayar tetapi bayaran bulanan ditanggung oleh pemilik baharu iaitu isteri

c- Isteri adalah pemilik baharu maka klim RM 6,000 untuk bayaran 6 bulan tidak berlaku kerana orang yang sama menguruskan hutang kereta dan menerima kereta.

d- Bahagian kakak diputuskan bersama iaitu memperolehi faraid dari aset cash tanpa melibatkan kereta

e- Emak arwah juga keputusan seperti kakak namun kadang-kala mak memberikan haknya kepada cucunya (anak arwah)

*Ada yang berkata buat hibah takaful, kes semua selesai tak?.

-MAM-
#celikpusaka

====

Bolehkah hutang si mati dibahagikan mengikut faraid?.

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4243-al-kafi-1632-bolehkah-hutang-si-mati-dibahagikan-mengikut-sistem-faraid

Adakah hutang si mati penghalang kepada pewarisan

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4164-al-kafi-1595-adakah-hutang-si-mati-menjadi-penghalang-kepada-perwarisan

Pengutang tidak mampu melangsaikan hutang

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2841-al-kafi-939-penghutang-tidak-mampu-untuk-melangsaikan-hutang

Hutang arwah ayah perlu dilangsaikan?

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3635-al-kafi-1344-hutang-arwah-ayah-perlukah-dilangsaikan

Hukum wang kutu diterima sebelum meninggal dunia

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4003-al-kafi-1535-hukum-wang-kutu-yang-diterima-sebelum-meninggal-dunia

Hutang non muslim

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3122-al-kafi-1108-adakah-wajib-membayar-hutang-non-muslim?fbclid=IwAR3K85z920TE5t7i_2kH8zZPrDEdP9c14lrJSwHdE8MKW1SIooADlThaNJs

Khawin atau bayar hutang oleh si bapa

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3252-al-kafi-1183-kahwin-atau-bayar-hutang-yang-dipinjam-oleh-bapa

Hukum membayar hutang yang telah dihalalkan

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2660-al-kafi-843-hukum-membayar-hutang-yang-telah-dihalalkan

Hukum menghalalkan orang yang dalam kesusahan sebagai zakat

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3936-irsyad-al-fatwa-hukum-menghalalkan-hutang-orang-yang-dalam-kesusahan-sebagai-zakat

Hukum beri hutang kepada kawan yang ingin membeli barang yang tidak bermanfaat

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2505-al-kafi-776-hukum-beri-hutang-kepada-kawan-yang-diketahui-akan-beli-sesuatu-tidak-bermanfaat

Hutang yang telah terlalu lama

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2502-al-kafi-774-hutang-yang-sudah-terlalu-lama

Dah lama hutang dengan bank

https://muftiwp.gov.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=1296:al-kafi-356-hutang-lapuk-dengan-bank&catid=83&Itemid=409&lang=en?templateStyle=17

Hukum jika tidak mampu membayar hutang

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1615-hukum-jika-tidak-mampu-membayar-hutang

Cara membayar hutang bagi pemiutang yang meninggal dunia

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3088-al-kafi-1086-cara-membayar-hutang-kepada-pemiutang-yang-meninggal-dunia

PDF Hal hutang

https://drive.google.com/file/d/1s3v4CiOS1CZRJAY5_3LlwKi52Sj_5Gyb/view?usp=sharing

PDF menyelesaikan hutang

https://drive.google.com/file/d/1WpPjxf54QaoNqLwr391IQJWrU_UIVL1i/view?usp=sharing


Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2753867798015998&id=100001784143076


Post a Comment

Previous Post Next Post