YA Tan Sri Idrus bin Harun Peguam Negara yang baharu mulai 6 Mac 2020.

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri :
Pelantikan YA Tan Sri Idrus bin Harun, Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara yang baharu untuk tempoh 2 tahun berkuat kuasa mulai 6 Mac 2020.



Biodata Tan Sri Idrus Harun


Siapa Tan Sri Idrus Harun?.

Tan Sri Idrus Harun kelahiran Sanglang, Kedah tahun 1955. Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam (1969-1974) dan Kolej Sultan Abdul Hamid (1974-75). Melanjutkan pelajaran ke UM dan lulus Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian), 1980.

Memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Undang-undang, 1980 dan selepas itu telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan termasuk Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu.

Timbalan Pendakwaraya di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegah Rasuah dan Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pilihanraya.

Beliau pernah menjadi Pendaftar Syarikat (1998- 2002 ) dan berkhidmat  di Jabatan Peguam Negara sebagai Ketua Bahagian Penasihat dan Antarabangsa serta sebagai Penggubal Undang-undang Parlimen (2004-2006) sebelum menjadi Peguamcara Negara (2006-2014).

Beliau juga merupakan Anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia( bermula April 2002) di samping pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA), Suruhanjaya Sekuriti dan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC).

Beliau merupakan Ahli Lembaga bagi Malaysia – Thailand Joint Authority (MTJA), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan (2014-2018) sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 Nov 2018. Beliau telah menerima anugerah PSM, PSN, SSAP, SIMP, DPMT, DSDK.


Sumber :
https://www.facebook.com/330410126909/posts/10156542071786910/

Post a Comment

Previous Post Next Post