Aplikasi MySejahtera bantu hadapi COVID-19

Aplikasi MySejahtera bantu hadapi COVID-19


YB Dato’ Seri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis PraPelancaran aplikasi MySejahtera bersama YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Bilik Gerakan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).





MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu KKM mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk:

i. Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19;
ii. Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19;
iii. Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19; dan
iv. Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Sumber :
https://www.facebook.com/373560576236/posts/10156956954896237/

Post a Comment

Previous Post Next Post