Cara Membaca Permulaan Ayat Al-Quran yang tiada baris

4 TIPS MEMBACA AWAL AYAT/KALIMAH YANG DIMULAI DENGAN HAMZAH WASOL ( ٱ )



Siapa tahu macam mana cara bacaan untuk ayat 31 surah At Taubah ni?




A. Attakhazu
B. Ittakhazu
C. Uttakhazu

Jawapannya Bm penerangan dibawah baca ya refresh pengetahuan

*4 TIPS MEMBACA AWAL AYAT/KALIMAH YANG DIMULAI DENGAN HAMZAH WASOL ( ٱ )*

_Pesanan Awal : Sila baca dengan tenang & jangan stress untuk faham..._
.
.
1️⃣Jika dimulakan kalimah dengan adanya ال dihadapan, maka mulakan bacaan dengan baris atas.

Cth :
(ٱلۡیَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰۤ أَفۡوَ ٰ⁠هِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَاۤ أَیۡدِیهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ)
[Surah Ya-Seen : 65]

Contoh bacaan : Al-Yauma
.
.
Jika kalimah tidak dimulakan dengan ال, maka kita perlu guna kaedah melihat kepada baris yang terletak pada huruf ketiga. Ada 3 bentuk ;

2️⃣Jika huruf ketiga berbaris depan, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris depan.

Cth :
(ٱقۡتُلُوا۟ یُوسُفَ أَوِ ٱطۡرَحُوهُ أَرۡضࣰا یَخۡلُ لَكُمۡ وَجۡهُ أَبِیكُمۡ وَتَكُونُوا۟ مِنۢ بَعۡدِهِۦ قَوۡمࣰا صَـٰلِحِینَ)
[Surah Yusuf : 9]

Cara bacaan : Uqtuluu

3️⃣Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris bawah.

Cth :
(ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ)
[Surah At-Tawbah : 41]

Cara bacaan : Infiruu

4️⃣Jika huruf ketiga berbaris atas, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris bawah.

Cth :
(ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡیَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ)
[Surah Ya-Seen : 64]

Cara bacaan : Ishlauha

🏷Semoga bermanfaat dan selamat beramal. Jemput share...


Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2489552021149149&id=100002831261904

5 Comments

  1. Penerangan yg mudah difahami dan ringkas.
    Al-semua atas
    Atau huruf ketiga
    Depan-depan
    Bawah-bawah
    Atas-bawah.

    Tq ustaz atas penerangan ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...baru jelas..selama ini baca ikut sedap jer..hehe

    ReplyDelete
  3. Kenapa surah Al-'Alaq dibaca baris bawah sedangkan huruf ke3 berbaris atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wbt.. Betul la, kalau huruf ketiga berbaris atas, perlu mula bacaan dengan baris bawah.

      Delete
Previous Post Next Post