Download / Muat turun Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah dan Teks Khutbah Aidifitri Semasa Covid-19
YAB Perdana Menteri pada 10 Mei 2020 mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Ini bermakna, semua peraturan dan Standard Operational Procedure (SOP) yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB sebelum ini akan kekal berkuat kuasa menjelang Syawal 1441H.
YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyarankan umat Islam supaya menyambut Hari Raya Aidilfiri pada tahun ini secara sederhana pada hari raya pertama di rumah masing-masing sahaja dengan menangguhkan sambutan berbentuk tradisi.
Justeru, Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah Semasa PKPB ini disediakan sebagai panduan umum kepada umatIslam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah masing-masing dengan amalan-amalan yang dituntut dalam syariat Islam.
Sumber :
http://www.islam.gov.my/page/2426-kit-panduan-sambutan-aidilfitri-di-rumah-semasa-covid-19