PATUHI PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) SEMASA MEMBELI-BELAH : KKM

PATUHI PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) SEMASA MEMBELI-BELAH



Menjelang musim perayaan ini, didapati ramai yang sudah memulakan aktiviti-aktiviti pembelian misalnya barang makanan, baju raya, perhiasan rumah dan lain-lain sebagai persiapan menyambut Hari Raya. Ini termasuk juga mereka yang membeli belah barangan harian.

Namun ada segelintir masyarakat yang didapati tidak acuh dan secara terang-terangan melanggar SOP yang telah ditetapkan di pusat beli-belah, kedai runcit dan lain-lain pusat pembelian.

Ramai di kalangan netizen telah menularkan imej dan video masyarakat yang tidak patuh kepada SOP. Ketidakpatuhan ini sememangnya membimbangkan. Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membangunkan satu SOP Peruncitan yang bertindak sebagai garis panduan bagi semua pengusaha, peniaga dan pemilik perniagaan yang telah dibenarkan beroperasi. SOP tersebut adalah seperti berikut:

1. Memastikan penjarakan sosial (social distancing) diamalkan sepanjang masa;
2. Mengehadkan laluan keluar masuk ke premis dan kemasukan pelanggan ke dalam premis pada satu-satu masa bergantung kepada saiz premis untuk mengelakkan kesesakan;
3. Memastikan semua staf, pembekal dan pelanggan melalui proses saringan suhu badan sebelum masuk ke premis;
4. Menyediakan hand sanitizer di pintu masuk;
5. Mewajibkan pemakaian alat penutup hidung dan mulut (face mask) oleh pekerja ketika berurusan; dan 
6. Menjalankan proses nyah kuman dan pembersihan premis sepanjang tempoh operasi.

SOP ini merangkumi kompleks beli-belah, pasaraya / pasar raya besar, departmental store, butik / kedai pakaian, kedai serbaneka / mini-mart dan pelbagai peruncitan yang lain.

Majikan-majikan peruncitan juga perlu menyelaras dan memantau kesemua garis panduan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk dipatuhi oleh para pekerja dan pelanggan.

KKM juga menyeru kepada orang ramai supaya elakkan daripada aktiviti membeli-belah di tempat-tempat yang sesak dan sempit, di mana penjarakan sosial sukar diamalkan serta Ibu bapa atau penjaga juga digesa untuk mengelak membawa kanak-kanak atau bayi ke pusat beli-belah serta tempat awam yang sesak bagi melindungi mereka daripada risiko jangkitan COVID-19.

Walaupun kes semakin menurun, namun masih terdapat bahaya jangkitan COVID-19 di kalangan masyarakat. Oleh itu, kita mesti menjaga diri kita, keluarga kita dan juga komuniti kita daripada risiko jangkitan COVID-19.

Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia
YBhg Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
19 Mei 2020


Sumber :
https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157058723081237/

Post a Comment

Previous Post Next Post