Tokoh Guru Kebangsaan 2020

YBhg. Puan Nor Hainei binti Abu Bakar dan YBhg. Tuan Haji Aminudin bin Adam merupakan dua bekas pendidik yang diangkat sebagai Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan 2020 dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2020 sempena Sambutan Hari Guru yang disambut hari ini. 



Puan Nor Hainei, 61, kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu telah berkhidmat selama 36 tahun dalam sektor pendidikan sebelum bersara pada 2017 dengan jawatan akhir selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor manakala Tuan Haji Aminudin, 62, yang berasal dari Segamat, Johor pula merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi) di Kementerian Pendidikan Malaysia yang bersara pada 2018 setelah berkhidmat dalam bidang pendidikan dan pengurusan selama 37 tahun. 

Puan Nor Hainei banyak menyumbang dalam melonjakkan sistem pendidikan negara di persada antarabangsa seperti pembentangan kertas kerja mengenai Program Permata Negara di Southeast Asia School Principal Forum di Vietnam dan Perkongsian Amalan Terbaik Kepimpinan SK Jalan 3 di SK Kampung Air Brunei dan di University of Waikato, New Zealand. 

Tokoh Guru Negeri Selangor 2019 itu juga aktif dalam bidang penulisan ilmiah, penerbitan dan penyelidikan, antaranya Modul Latih Tubi UPSR, Saya Bijak Tajwid, Jurnal Changing Educators by Opportunities dan Coffee Table Book yang banyak memberi manfaat kepada golongan pendidik dan guru.



Tuan Haji Aminudin pula merupakan perancang kepada pengenalan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) dan aktif menulis bahan ilmiah, antaranya Modul Kepimpinan Transformasi: Kerangka dan Konsep dan buku Modul Kepimpinan Instruksional: Penyeliaan dan Penilaian Instruksional yang masih digunakan sebagai satu daripada bahan rujukan dalam dunia pendidikan. 

TAHNIAH

#jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe

Sumber :
https://www.facebook.com/112183975526837/posts/2996225917122614/

Post a Comment

Previous Post Next Post