Selamat Bersara Panglima Perang KKM

Selamat Bersara Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon


Hari ini merupakan hari terakhir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon bersama dalam sidang media KKM bagi mengumumkan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia.





Beliau yang digelar 'panglima perang KKM' oleh rakyat Malaysia bersara wajib selepas 35 tahun bersama KKM.

Dr Rohaizat memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan pada 1985 dan tiga tahun kemudian dilantik sebagai Pengarah Hospital Kluang 1988 hingga 1990.

Beliau kemudian berpindah ke ibu pejabat KKM dan memegang beberapa jawatan dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) pada 25 Mac 2019.

Beliau bertanggungjawab bagi program perubatan di KKM iaitu Bahagian Perkembangan Perubatan, Bahagian Amalan Perubatan, Bahagian Kejururawatan dan Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu.

Sikapnya yang mudah mesra dan suka berjenaka, membuatkan Dr Rohaizat amat disenangi kakitangan KKM. Pastinya beliau akan dirindui.

Warga kerja KKM mengucapkan terima kasih dan selamat bersara.

Sumber :
https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157124577316237/

Post a Comment

Previous Post Next Post