Cara Mencuci Muka Dengan Betul Elak Wajah Semakin Teruk

Anda mungkin sangka wajah yang berjerawat perlu disental dan digosok dengan lebih kuat menggunakan sabun pencuci wajah.



Hakikatnya, perbuatan tersebut menyebabkan wajah anda semakin teruk! 
.
✔️ Wajah perlu dicuci 2 kali setiap hari, terlalu kerap mencuci wajah juga menyebabkan iritasi pada kulit. 

✔️Gunakan sabun pencuci yang tidak mempunyai pewangi. Gosok sabun di tapak tangan sehingga ada buih halus dan dengan LEMBUT sapukan sabun ke kewajah.

✔️ Tidak perlu menggosok dan menyental wajah seperti dalam iklan Tv. Selepas beberapa saat, bilas dengan air suam. 

✔️Keringkan wajah dengan tuala bersih. Hanya tekapkan tuala ke wajah,JANGAN gosok. 

✔️ Jika ada jerawat, sapu produk farmasi yang ada kandungan benzoyl peroxide, salicylic acid dan glycolic acid

✔️ Sapu pelembab yang tidak mempunyai pewangi dan mempunyai label “ noncomedogenic”
.

Wajah adalah bahagian kulit yang sangat sensitif. Sangat penting untuk anda jaga dengan sangat lembut dan jauhi sebarang bentuk iritasi.


Sumber :
https://www.facebook.com/1712327752390423/posts/2684374938519028/

Post a Comment

Previous Post Next Post