PENUTUPAN PUSAT KUARANTIN & RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH MAEPS, SERDANG

PENUTUPAN PUSAT KUARANTIN & RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH MAEPS, SERDANG 

10 Julai 2020 - YB Menteri Kesihatan telah menyaksikan proses pesakit terakhir didiscaj hari ini daripada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS (PKRC), Serdang. Oleh itu, dengan rasminya pusat ini akan menamatkan operasinya pada 15 Julai 2020. 

PKRC Serdang ini telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai salah satu langkah proaktif Kerajaan dalam menangani pandemik penyakit COVID-19 di Negara ini. Ia telah mula beroperasi secara rasmi pada 16 April 2020 dan mula menerima pesakit pertama pada 21 April 2020. 

Ia merupakan kolaborasi pelbagai agensi yang diterajui oleh KKM dan melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Markas Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Penjara Malaysia, Malaysia Genome Institute dan MAEPS. 

Sehingga 10 Julai 2020, PKRC telah berjaya merawat seramai 1,362 orang pesakit di mana majoriti adalah orang bukan warganegara (86 peratus) dan 14% adalah warganegara Malaysia. 

Pihak KKM ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan daripada semua agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan perlaksanaan operasi pusat ini.










Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3446142825409581&id=578835322140360

Post a Comment

Previous Post Next Post