15 OGOS 2020 : STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR PADA

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR PADA 15 OGOS 2020


Adalah dimaklumkan bahawa terdapat 12 kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar pada hari ini, iaitu 10 kes di Kedah dan 2 kes di Pulau Pinang. Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 33 kes.


Sehingga 15 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 657 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:


1. Kedah (520 disaring):

- 30 kes dikesan positif COVID-19;

- 472 individu negatif; dan

- 18 individu masih menunggu keputusan.


2. Pulau Pinang (129 disaring):

- 3 kes dikesan positif COVID-19;

- 119 individu negatif; dan

- 7 individu masih menunggu keputusan.


3. Perak (8 disaring):

- Tiada kes dikesan positif COVID-19;

- 8 individu masih menunggu keputusan.


Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kluster ini dan situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


Sumber :

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157299885376237/


Post a Comment

Previous Post Next Post