BETUL KE MINUM AIS MEMBEKUKAN LEMAK?

BETUL KE MINUM AIS MEMBEKUKAN LEMAK?


"Jangan minum AIS ketika sedang berdiet nanti akan menyebabkan lemak membeku dalam badan sebab tu susah nak kurus"❓



"Minuman panas akan membantu mencairkan lemak. Senang sikit nak turun berat"❓

Pertama. Ambil perhatian❗
Minuman berAis tak menyebabkan lemak membeku..
Minuman berAis tak menyebabkan berat badan susah nak turun..Minuman berAis tak menyebabkan obesiti.
Ais tidak bekukan lemak. Áir panas tidak cairkan lemak❗️
Kandungan lemak tetap akan SAMA walaupun minum air panas atau ais beku..

Kedua. Ambil Tahu❗
Minuman berAis selain air kosong bila ditambahkan gula atau lemak, itu akan meningkatkan jumlah pengambilan kalori kita. Bila kalori berlebihan, ia akan menjadi lemak dan seterusnya menyebabkan masalah berat badan dan obesiti.

Ketiga. Jangan salah faham❗
Minuman ber'Ais' tidak menyebabkan lemak membeku atau menggumpal di dalam usus. Letak ais dalam mulut pun dah cair..belum sempat smpai perut macamana boleh beku?🤔 Ais sendiri dah mencair dan berubah suhu di dalam mulut. Tidak ada istilah lemak menggumpal selepas minum ais. Suhu AIS akan beradaptasi mengikut kesesuaian tubuh badan kita disebabkan oleh sistem thermoregulation yang mengawal suhu mengikut suhu badan. 

Keempat. Sentiasa ingat❗
Lemak yang dimakan akan dicernakan oleh enzim lipase kepada bentuk yang lebih kecil terlebih dahulu sebelum diserap oleh usus kecil. Jika lemak menggumpal selepas minum ais, bagaimana lemak tersebut dapat diserap oleh usus sebab saiz partikelnya terlalu besar.

Jadi, minum air berAIS tidak menggemukkan..Yang penting minuman AIS kosong. Kalau minuman AIS berGULA dan berLEMAK seperti minuman berperisa, teh atau kopi ais, minuman coklat, minuman berkarbonat, teh boba dan sebagainya, tak kiralah panas atau sejuk atau berais, itu sebenarnya yang boleh menternak lemak dalam badan dengan jayanya!

AIS= 0 kalori

TEH AIS = 125 kalori

Fikir-fikirkan😎


Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3939757006050909&id=480136908679620

Post a Comment

Previous Post Next Post