Ini sebabnya KPM pinda Cuti Akhir Tahun Sekolah pada 19 Disember 2020

Ini sebabnya KPM pinda Cuti Akhir Tahun Sekolah pada 19 Disember 2020...


Sewaktu kami mengumumkan pindaan Takwim Penggal Persekolah Tahun 2020 pada 23 Jun 2020 dan penjadualan semula kali kedua takwim peperiksaan bawah kendalian KPM pada 28 Jun 2020, kami telah membuat keputusan agar pembukaan penggal pertama persekolahan tahun 2021 dilewatkan. Ini adalah untuk memastikan urusan peperiksaan SPM yang dijadualkan bermula minggu pertama Januari 2021 berjalan dengan lancar. Kita juga ingin pastikan bahawa murid, ibu bapa, guru dan warga sekolah mendapat ruang yang mencukupi untuk persiapan menghadapi tahun akademik baru 2020.



Namun begitu, keputusan tersebut tidak dapat diumumkan lebih awal kerana cadangan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2021 hanya boleh dimuktamadkan setelah melalui proses dan tatacara yang sewajarnya. 

Alhamdulillah, pada hari Jumaat lepas semua tatacara telahpun dipenuhi.

Sewaktu penggulungan Kementerian Pendidikan Malaysia petang tadi, saya telah umumkan bahawa pembukaan penggal pertama persekolahan tahun 2021 bagi semua sekolah adalah pada 20 Januari 2021. 

Takwim penuh 2021 akan diumumkan oleh KPM dalam masa terdekat. Selain permulaan penggal awal tahun dilewatkan, cuti pertengahan penggal ketiga diperkenalkan buat pertama kalinya dalam takwim 2021.

Sepertimana saya sebut dalam penggulungan tadi, kita perlu melihat kesan COVID-19 terhadap pendidikan melalui lensa yang lebih luas dan menjangkaui tempoh lebih dari setahun.

Kami komited untuk melakukan yang terbaik untuk murid dan juga guru. Namun begitu, setiap apa yang ingin dilaksanakan perlu mematuhi tatacara dan tadbir urus sewajarnya. Ini penting bagi memastikan keputusan yang dibuat ada asas yang kukuh.

Secara peribadi, saya memohon jasa baik rakyat Malaysia agar memberikan kepercayaan, ruang dan peluang kepada kami untuk melakukan yang terbaik demi pendidikan generasi masa hadapan negara.

Sama-sama kita usahakan agar Malaysia bebas daripada COVID-19 secepat mungkin dan persekolahan anak-anak kita dapat berjalan sepertimana yang dirancangkan.


Sumber :
https://www.facebook.com/1560866277543941/posts/2446160522347841/

Post a Comment

Previous Post Next Post