Jarakkan kehamilan dengan cara yang betul hindari risiko buat ibu dan anak

Jarakkan kehamilan dengan cara yang betul hindari risiko buat ibu dan anak


Kehadiran anak dalam rumahtangga menjadi penyeri dan mengeratkan hubungan. Tentunya setiap pasangan mempunyai perancangan tersendiri tentang jumlah anak yang diimpikan. 



Teruja nak miliki keluarga besar, pastikan ada jarak selamat setiap kali hamil kalau sayangkan isteri.

Apabila seorang ibu hamil, ia bermakna tubuhnya akan bekerja keras untuk menyokong perkembangan janin. 

Sekiranya tidak bersedia dari segi mental dan fizikal, maka ia mungkin boleh menggugat proses kehamilan dan meningkatkan risiko pelbagai komplikasi.

Jarak kehamilan amat penting dalam sebuah keluarga untuk kepentingan bersama. Bagi pasangan yang mensasarkan anak ramai tiada masalah asalkan anda dan pasangan mengamalkan jarak mengandung atau “birth spacing”.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk kandungan seterusnya.

Ini adalah penting agar anda sebagai ibu pulih dan bersedia sepenuhnya untuk kandungan seterusnya.

Anda ada hak kepada diri dan kesihatan anda. Mengandung adalah satu risiko. Jangan tambah risiko lain yang boleh menyebabkan masalah yang lebih serius.

Hubungi doktor/misi di klinik di tempat anda. Tanyakan bagaimana anda boleh menjarakkan kandungan anda. Terdapat pelbagai cara untuk merancang keluarga anda. Bincang bersama husband anda. Suami yang baik, tidak akan membahayakan nyawa isterinya.

Jarak sebaik-baiknya ialah dua tahun daripada tarikh bersalin terdahulu. Misalnya jika ibu bersalin pada Ogos 2017, sebaik-baiknya boleh merancang untuk hamil lagi pada Ogos 2019.

KESAN KEPADA BAYI
——————————-
Bagi kandungan yang mempunyai kehamilan jarak kurang daripada 18 bulan, bayi berisiko untuk mengalami keadaan seperti berikut;

🔸Risiko kematian anak meningkat.
🔸 Risiko saiz bayi lahir kecil (kurang daripada 2.5kg)
🔸 Risiko kandungan kecil berbanding usia kandungan.
🔸 Risiko lahir pramatang.

Setiap pasangan dinasihatkan untuk mengamalkan perancang keluarga untuk memastikan kehamilan dapat dijarakkan dengan lebih selamat dengan kaedah yang dipercayai berkesan.

Sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor untuk memilih kaedah perancang keluarga yang sesuai dengan usia dan tahap kesihatan ibu.

Sumber :
https://www.facebook.com/1712327752390423/posts/2707129742910214/

Post a Comment

Previous Post Next Post