Makanan Pedas : Sihat atau Bahaya?

Makanan Pedas : Sihat atau Bahaya?



Siapa kat sini yang rasa makan cili boleh memudaratkan kesihatan? 🙋‍♂️🙋‍♀️ Dalam tinjauan survey yang dilakukan PHM, majoriti (79%) berpendapat makanan pedas memudaratkan kesihatan. Hanya 21% memilih ia baik untuk kesihatan.




Jawapan bagi persoalan ini adalah, makanan pedas yang mengandungi Capsaicin sebenarnya mempunyai manfaat dan baik untuk kesihatan 😍


🌶 & Ulser Perut

Cili bukan sahaja TIDAK menyebabkan ulser (luka) diperut, malah ia berfungsi sebagai pelindung.

Capsaicin boleh menyekat rembesan asid, merangsang alkali dan rembesan mukus serta melancarkan peredaran darah di dalam perut. Ini mampu melindungi lapisan dalam perut dari terluka. 


🌶 & Buasir

Kajian menunjukkan cili TIDAK mempunyai kesan kepada masalah buasir. Tetapi sesiapa yang mempunyai luka di dubur perlu berhati hati kerana makanan pedas menyebabkan luka menjadi pedih.😣


KESAN MAKAN BERLEBIHAN

Semua benda jika diambil secara berlebihan menyebabkan masalah... 

🌶 Masalah Penghadaman

Walaupun ia tidak menyebabkan ulser perut, cili boleh menyebabkan sakit perut pada sesetengah individu. 

Ia boleh mengakibatkan 
- Irritable Bowel Syndrome
- Makanan tidak hadam
- Sakit perut.

Pada sesiapa yang sering mengalami sakit perut apabila makan makanan pedas, sila berhati hati.


🌶Mencederakan rongga mulut dan saluran pemakanan

Terdapat beberapa kes melibatkan peserta makan cili & selebriti YouTube yang makan cili dalam kuantiti berlebihan. Peserta pertandingan itu muntah dengan dasyat sehingga esofagusnya terkoyak 😱. Selebriti youtube itu pula pengsan dan meracau sehingga perlu diberi bantuan kecemasan. 🤦🏻‍♂️


Kesimpulan

Walaupun pengambilan cili mempunyai manfaat kesihatan,jangan ambil dalam kuantiti yang terlalu banyak. 

Khasiat cili ini TIDAK termasuk produk makanan yang telah di proses seperti Sos Cili, serbuk perasa cili dan bahan proses lain yang tinggi garam.

Owh ya, ayam goreng yang sedang viral itu pun termasuk bahan yang telah diproses. 🙅🏻‍♂️🙅🏻‍♂️



Sumber : 
https://www.facebook.com/1712327752390423/posts/2722041078085747/




Post a Comment

Previous Post Next Post