Sah, virus Covid-19 Kluster Sivagangga dan Kluster Ulu Tiram mutasi jenis D614G, 10 kali ganda lebih mudah merebak!

Sah, virus Covid-19 Kluster Sivagangga dan Kluster Ulu Tiram mutasi jenis D614G, 10 kali ganda lebih mudah merebak!


Dipetik dari FB Dr Noor Hisham:

Keputusan terkini baru diterima dari makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR): seperti disyaki mutasi jenis D614G telah dikesan daripada ujian pengasingan dan kultur virus COVID-19 untuk tiga (3) kes daripada Kluster PUI Sivagangga (kontak rapat kepada kes indeks) dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram (iaitu individu daripada Filipina). 


Setakat ini kedua-dua kluster ini didapati agak terkawal hasil pelbagai tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas di lapangan. Ujian ini adalah ujian awal dan terdapat beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes yang lain, termasuk bagi kes indeks bagi kedua-dua kluster ini.


Pun begitu, ini bermakna masyarakat perlu berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti dikesan di Malaysia. Ianya didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu ‘super spreader’. 


Mutasi D614G ini ditemui oleh saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi ini.


Oleh itu, tindakan utama kita adalah masih dengan kaedah menggunakan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam iaitu berdisiplin dalam mengamalkan sepenuhnya SOP yang ditetapkan iaitu, penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun, serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat.


Situasi terkini COVID-19 didapati masih terkawal dan KKM serta agensi-agensi lain masih berusaha membendung penularan COVID-19. Kerjasama masyarakat amat diperlukan agar dapat kita sama-sama memutuskan penularan jangkitan COVID-19 daripada segala jenis mutasi sekalipun.


Sumber :

 

https://www.facebook.com/578835322140360/posts/3552118904811972/


Post a Comment

Previous Post Next Post