Sporotrichosis - Jangkitan Dari Kucing Dengan Luka Di hidung Yang Boleh Menjangkiti Manusia

Sporotrichosis - Jangkitan Dari Kucing Dengan Luka Di hidung Yang Boleh Menjangkiti Manusia


Sekiranya anda ada kucing dengan luka di hidung sila dapatkan rawatan kerana jangkitan kulat tersebut boleh menjangkiti manusia.




Sporotrichosis adalah penyakit kulat pada bahagian kulit yang berpunca daripada kulat sporotrix schenkii. Kulat ini merebak melalui ‘lymphatic vessel’ (nodus limfa).

Jangkitan pada kucing biasa berlaku akibat pergaduhan dengan kucing liar yang lain. Jangkitan pada manusia berlaku apabila kucing yang telah dijangkiti mencakar, mengigit atau ada luka pada permukaan kulit. 

Gejala jangkitan
✔️ Bengkak merah kecil pada permukaan kulit yang tidak menyakitkan 
✔️Bengkak tersebut semakin membesar dan merebak kelihatan seperti luka yang tidak sembuh
✔️ ia merebak secara memanjang di sepanjang cecair limfa.

Dalam kes yang lebih serius jangkitan boleh merebak ke mata, paru paru dan diseluruh tubuh.
.
Selain dari kucing, anda juga boleh mendapat jangkitan dari persekitaran apabila kulat yang terdapat pada najis/ tanah terkena kulit yang luka semasa anda sedang berkebun

Rawatannya adalah dengan menggunakan pil anti kulat yang khusus dan perlu diambil utk tempoh yang tertententu


Sumber :
https://www.facebook.com/1712327752390423/posts/2724291001194088/







Post a Comment

Previous Post Next Post