“Tahi Telinga” BUKAN Tahi
Ia adalah sejenis bahan berlilin yang dihasilkan oleh kulit dibahagian lubang telinga. Ia berlilin kerana fungsi utamanya untuk menghalang bendasing termasuk air dan serangga masuk ke dalam telinga.
Ya, tahi telingga adalah pelindung bahagian telinga dalam anda - gegendang telinga, tulang tulang halus serta urat saraf yang sensitif.
Ia dikeluarkan dari rongga telinga ke luar telinga apabila ada mengunyah atau menggerakkan rahang. Sebab itu anda hanya perlu mencuci bahagian luar telinga dengan kain lembab yang lembut.
Putik kapas atau cotton bud hanya menyebabkan ear wax tertolak ke dalam dan semakin mampat. Rawatan lilin adalah idea teruk untuk membersihkan telinga. Jangan tak tahu, ada kes telinga terbakar dan tercedera akibat ear candling.
Sumber :
https://www.facebook.com/1712327752390423/posts/2709790449310810/