Tips Supaya Anak Tinggi
Berhenti bertanya mengenai produk untuk menambah ketinggian bagi orang dewasa kerana sudah terlambat. Ketinggian manusia akan berhenti pada usia 21 tahun bagi lelaki dan 18 tahun bagi wanita.
Namun masih ada peluang untuk anak anda menambah ketinggian, setidak tidaknya lebih tinggi dari ibu bapanya.
65-80% ketinggian anak bergantung kepada faktor keturunan atau genetik. Tetapi berikut adalah faktor luaran yang boleh membantu anak anak menambah ketinggian.
1. Pemakanan
Jika anak anda enggan makan sayur, buah dan produk tenusi ada peluang cerah untuk mereka menjadi bantut. Makanan berkhasiat ini adalah struktur asas untuk anak anak membesar dan meninggi.
Selain itu, pastikan mereka terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin D adalah vitamin penting untuk menyerap kalsium.
2. Cukup tidur
Waktu tidur adalah waktu untuk tubuh membesar dan memperbaiki struktur yang telah rosak. Anak remaja jangan dibiar tidur lewat atas apa jua alasan (termasuk untuk berlajar).
3. Aktif dalam aktiviti fizikal
Remaja yang aktif ternyata lebih tinggi. Aktiviti fizikal akan menguatkan otot dan tulang. Ia juga akan merangsang Growth Hormon iaitu hormon penting untuk pertumbuhan.
4. Bebas asap rokok
Asap rokok termasuk ganja menyebabkan pertumbuhan terbantut. Pastikan anak tidak merokok dan tidak terdedah dengan pencemaran asap rokok.
Sumber :
https://www.facebook.com/1712327752390423/posts/2714538978835957/