ASNB Umum Pengagihan Pendapatan Untuk ASM3, ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2020

ASNB Umum Pengagihan Pendapatan Untuk ASM3, ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2020


Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana unit amanah harga tetap, Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) dan dana unit amanah harga berubah, ASN Equity 5 dan ASN Sara (Mixed Aset Conservative) 2 bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2020.








ASM 3 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM571.3 juta yang memberi manfaat kepada 513,721 pemegang unit dengan memiliki lebih 14.3 billion unit. Pengagihan pendapatan sebanyak 4.00 sen seunit ini mengatasi penanda aras pulangan Deposit Tetap 12-bulan Maybank pada kadar 2.51% sebanyak 149 mata asas.


Dua dana harga berubah, iaitu ASN Equity 5 dan ASN Sara (Mixed Aset Conservative) 2 (ASN Sara 2), mengagihkan pembayaran pengagihan pendapatan masing-masing berjumlah RM12.7 juta dan RM61.9 juta, iaitu pulangan sebanyak 3.10 sen seunit dan 3.60 sen seunit. Pengagihan pendapatan ini memberikan hasil dividen sebanyak 3.51% untuk ASN Equity 5 dan 3.61% bagi ASN Sara 2 berdasarkan Nilai Aset Bersih kedua-dua dana tersebut pada 24 September 2020.


Urus niaga di semua cawangan dan ejen ASNB seluruh negara telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 24 September hingga 30 September 2020 untuk ASM 3 dan dari 29 September hingga 1 Oktober 2020 untuk ASN Equity 5 serta ASN Sara 2 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan. Pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka melalui portal myASNB di www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 Oktober 2020 untuk ASM 3, dan 2 Oktober 2020 untuk ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.


Kenyataan akhbar, layari : http://bit.ly/KA30Sept


Sumber :

https://www.facebook.com/413717745430066/posts/1986320634836428/


Post a Comment

Previous Post Next Post