Khasiat Pokok Senduduk Putih Yang Ramai Tidak Tahu

Dikongsi melalui satu hantaran FB :


Pokok Senduduk putih adalah antara rahsia alam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan antaranya adalah :-



1. Apabila anda mengalami cirit birit – Ambilkan pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulam InsyaAllah Cirit Birit akan segera hilang.


2. Masalah keputihan bagi kaum wanita – Keringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia , sedikit gula dan bonglai (tahukan bonglai tu apa ? nama lainnya kunyit terus) , biarkan suam dan minumlah airnya. 


3. Menghilangkan parut bintik-bintik cacar – Ambilkan akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang. 


4. Melegakan/Merawat luka – Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka , darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih. Boleh juga mengunyah daunnya dan diletakkan tempat luka untuk hentikan darah. 


5. Merawati anak lambat bercakap - Tumbukkan daun yang tua bersama kunyit hidup dan campurkan bersama air suam , Tapis air dan boleh diminum (nak campur madu pun boleh). 


6. Mengatasi Buasir /Cirit birit – Rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.


7. Melegakan Sakit Gigi – Rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda.


8. Membuang angin , lenguh sendi urat dan tulang – Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian . Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar.


9. Menghilangkan gatal/bisa ulat bulu - Tumbuk daunnya yang tua sehingga lumat dan tampalkan pada kulit yang kena ulat bulu. 

kegunaan:


10. Menghilangkan bau hanyir - Gunakan pucuk ataupun daunnya dan digaulkan/diramaskan bersama potongan ikan air tawar yang telah dibersihkan.


11. Wanita lepas bersalin - Daun senduduk bersama daun mengkudu , serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin. 


12. Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. daun ini ditumbuk bersama akarnya dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin sekaligus mengetatkan semula rahim. 


13. Boleh juga diamalkan untuk air mandian - Daun dan rantingnya yang direbus , boleh dicampurkan untuk air mandian untuk kesegaran tubuh badan. 


dan banyak lagi khasiatnya senduduk putih ni... Memang ajaib tumbuhan ni , Dalam berikhtiar jangan lupa untuk berselawat , Apapun usaha kita mengubati penyakit, Ingatlah kebergantungan kita tetap kepada Allah sepenuhnya , DIA lah Maha Penyembuh. Jangan baru cuba sekali dua dah mengeluh tiada perubahan. Itu maknanya anda percaya ataupun yakin pada tumbuhan dan bukannya Allah , Sedangkan anda tahu segala macam ubat hanyalah usaha/ikhtiar semata. Yang menyembuhkan tetap Allah. Nak amalkan tu kena istiqamah jangan sehari dua je.


Sumber :

https://www.facebook.com/100054449741955/posts/123619439463047/



Post a Comment

Previous Post Next Post