PKPDB secara pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna bermula 29 September 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna bermula 29 September 2020 12.01 malam ini sehingga 12 Oktober 2020


Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna bermula 12.01 malam ini sehingga 12 Oktober melibatkan seramai 962,661 orang penduduk. 


Dengan pelaksanaan perintah ini : 

 

1. Semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan. 

 

2. Bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terlibat sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan  

 

3. Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terlibat. 

 

4. Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB.  

 

5. Semua laluan keluar masuk kawasan PKPDB ditutup. 


Rujuk kenyataan penuh.





Sumber :

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157398861641237/


Post a Comment

Previous Post Next Post