Apakah Kluster Olive, Kluster Bah Pasir, Kluster Bah Pengkalan dan Kluster Saguking?
15 OKTOBER 2020 : 4 KLUSTER TERBARU COVID-19 DI MALAYSIA
𝟭) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗢𝗟𝗜𝗩𝗘, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
Kluster baru ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor dan daerah Kota Marudu dan Penampang di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11489) telah dikenal pasti di Selangor hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Kes dikesan positif COVID-19 pada 2 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif COVID-19.
𝟮) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗦𝗜𝗥, 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔
Kluster baru ini melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan dan daerah Putrajaya di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14329) telah dikenal pasti hasil saringan pulang dari kawasan berisiko
tinggi (Sabah). Kes dikesan positif COVID-19 pada 8 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 4 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 15 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 82 individu telah
disaring, di mana:
- 5 kes dikesan positif COVID-19;
- 74 individu negatif; dan
- 3 individu masih menunggu keputusan.
𝟯) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡, 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞
Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Perak di negeri Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14345 dan kes ke-14346) telah dikenal pasti hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Kes dikesan positif
COVID-19 pada 8 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 5 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 15 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 330 individu telah disaring, di mana:
- 6 kes dikesan positif COVID-19;
- 47 individu negatif; dan
- 277 individu masih menunggu keputusan.
𝟰) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗦𝗔𝗚𝗨𝗞𝗜𝗡𝗚, 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗕𝗨𝗔𝗡
Kluster baru ini melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15657) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke Hospital Labuan pada 11 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19. Sehingga 15 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana:
- 5 kes dikesan positif COVID-19;
- 3 individu negatif; dan
- 35 individu masih menunggu keputusan.
Sumber :
https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157438356331237/