Apakah Kluster Tinusa, Kluster Sauh, Kluster Jambu, Kluster Sofi, Kluster Bah Mutiara dan Kluster Umboo?

Apakah Kluster Tinusa, Kluster Sauh, Kluster Jambu, Kluster Sofi, Kluster Bah Mutiara dan Kluster Umboo?


22 Oktober 2020 : 6 Kluster Baharu Covid-19 di Malaysia


1) KLUSTER TINUSA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12844) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke

Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 33 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 586 individu telah disaring, di mana:

- 33 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);

- 486 individu negatif; dan

- 67 individu masih menunggu keputusan.


2) KLUSTER SAUH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Papar di negeri Sabah serta daerah Miri di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke16540 dan kes ke-17508) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan

bergejala pada 13 Oktober 2020. Kes ke-16540 telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan kes ke-17508 telah dimasukkan ke Hospital Miri, Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lagi 15 kes

positif COVID-19. Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana:

- 17 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); dan

- 132 individu negatif.




3) KLUSTER JAMBU

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19367) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pra pembedahan pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 13 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana:

- 15 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu); dan

- 124 masih menunggu keputusan.


4) KLUSTER SOFI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22198) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 20 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital

Rembau. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 33 lagi kes positif COVID19. Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 160 individu telah disaring, di mana:

- 34 kes dikesan positif COVID-19 (33 kes baharu);

- 11 individu negatif; dan

- 115 masih menunggu keputusan.




5) KLUSTER BAH MUTIARA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor serta daerah Titiwangsa dan Lembah Pantai di WP Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-10507) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 23 Oktober 2020. Kes juga mempunyai

sejarah pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 9 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 96 individu telah disaring, di mana:

- 10 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan

- 86 individu masih menunggu keputusan.


6) KLUSTER UMBOO

Kluster baharu ini melibatkan daerah Alor Gajah di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-21322) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di Depoh Tahanan Imigresen pada 18 Oktober 2020 dan telah

dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 3 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 373 individu telah

disaring, di mana:

- 4 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);

- 218 individu negatif; dan

- 151 individu masih menunggu keputusan.






PERINCIAN KES BAHARU COVID-19 DI MALAYSIA PADA 22 OKTOBER 2020 (847)


SABAH-578

223 dari kluster-kluster sedia ada termasuk kluster Tinusa dan Sauh (baharu)

210 saringan kontak rapat

145 lain-lain saringan


SELANGOR-137

59 dari kluster-kluster sedia ada termasuk kluster Jambu (baharu)

55 dari saringan kontak rapat

8 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

10 lain-lain saringan COVID-19

4 import dari India

1 import dari Amerika Syarikat




N.SEMBILAN-38

33 dari kluster Sofi (baharu)

4 kontak rapat 

1 lain-lain saringan COVID-19


LABUAN-29

25 dari kluster-kluster sedia ada

4 saringan kontak rapat


KL-23

9 dari kluster-kluster sedia ada termasuk 1 kluster Bah Mutiara (baharu)

7 saringan kontak rapat

2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

5 lain-lain saringan COVID-19


PERAK-14

6 kluster-kluster sedia ada

6 saringan kontak rapat 

2 lain-lain saringan


P.PINANG-10

8 dari kluster-kluster sedia ada

2 saringan kontak rapat


PUTRAJAYA-4

3 dari kluster sedia ada

1 lain-lain saringan COVID-19


KEDAH-3

3 dari kluster sedia ada


MELAKA-3

2 dari kluster-kluster sedia ada termasuk kluster Umboo (baharu)

1 saringan kontak rapat


KELANTAN-3 

2 saringan kontak rapat

1 dari kluster sedia ada


PAHANG-2

1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

1 dari kluster sedia ada


TERENGGANU-1

1 lain-lain saringan COVID-19


JOHOR-1

1 lain-lain saringan COVID-19


SARAWAK-1

1 saringan kontak rapat





Sumber :

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157453685701237/


Post a Comment

Previous Post Next Post