Hari pertama sekolah, beg Stormi harga RM48,000 curi perhatian
BEG sekolah yang digayakan anak Kylie Jenner iaitu Stormi meraih perhatian netizen.
Stormi yang kini berusia dua tahun sudah memulakan hari pertama persekolahan awal minggu lalu.
Sebuah video yang dimuat naik Kylie menarik perhatian netizen di laman sosial.
Stormi dilihat mengayakan beg jenama mewah Hermes Taurillon Clemence Kelly Ado berwarna merah jambu.
Harga beg tersebut dianggarkan kira-kira RM49,800.
Penampilan Stormi turut ditambah dengan kasut Air Jordans dan gaun hitam serta subang berlian.
"Hari pertama belajar di rumah" tulis Kylie Jenner.
Baca selanjutnya :