Panduan Guru Mengikuti Kursus Orientasi Penyebaran Kurikulum bagi Tahun 2020 Melalui Portal DELIMa KPM

Panduan Guru Mengikuti Kursus Orientasi Penyebaran Kurikulum bagi Tahun 2020 (KSSR Semakan 2017 Tahun 5 dan KSSM Tingkatan 5) Melalui Portal DELIMa KPM 


Kepada guru-guru yang telah dipilih untuk menjalani Kursus Orientasi Penyebaran Kurikulum Tahun 2020 bagi persediaan tahun 2021 terdapat kelainan bagi kursus penyebaran yang dijalankan pada tahun 2020 ini iaitu secara online melalui Portal DELIMa KPM disebabkan kekangan akibat penularan COVID-19.

Ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk menyertai Kursus Orientasi Penyebaran Kurikulum bagi Tahun 2020.

 

1. Login ke Portal DELIMa KPM melalui pautan di bawah menggunakan ID dan PASSWORD GURU.

Contoh ID guru g-********@moe-dl.edu.my

 


 

http://bit.ly/DELIMaKPM

 


2. Pada Menu Utama, Pilih GURU




3. Pada Menu Guru, Pilih SUMBER RUJUKAN PDP


4. Pada Sumber Rujukan, Pilih BPK





5. Pada Ruangan BPK, Pilih BAHARU - KURSUS ORIENTASI PENYEBARAN KURIKULUM BAGI TAHUN 2020



6. Pada halaman Kursus Orientasi Penyebaran Kurikulum bagi Tahun 2020, Sila pilih SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH





7. Pada halaman Sekolah Rendah, pilih kursus mengikut mata pelajaran yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah :)



8. Jika Sekolah Menengah, pilih kurus mengikut mata pelajaran seperti yang telah diamanahkan :)




Selamat berkursus dalam Norma Baharu diucapkan kepada guru-guru yang terlibat!


Post a Comment

Previous Post Next Post