Selamat Bersara YBhg Dato’ Azizan bin Mohamad Sidin, TKSU (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia

Seperti yang dipetik daripada laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia :

MAJLIS JASAMU DIKENANG YBHG DATO’ AZIZAN BIN MOHAMAD SIDIN. 


Semalam berlangsungnya Majlis Persaraan YBhg Dato’ Azizan bin Mohamad Sidin, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 36 tahun.


Dalam perkhidmatan beliau di KPM, beliau telah menyelesaikan banyak isu-isu Sekolah Daif dan Projek ‘Sakit’ yang kebanyakannya melibatkan pembangunan sekolah.


Dato Azizan dalam ucapannya berkata, “Saya rasa bertuah sepanjang saya berkhidmat di kementerian ini. Kementerian Pendidikan Malaysia adalah antara sebuah kementerian yang sangat “Colorful” , dan saya masih melihat lagi usaha seterusnya bagaimana KPM menangani isu anak-anak istimewa"


Majlis di hadiri oleh YB Cikgu Muslimin Bin Yahya, Timbalan Menteri Pendidikan I, YB Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan dan YBhg. Datuk Yusran Shah Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.






Sumber :

https://www.facebook.com/552890381416295/posts/3584359964935973/



Post a Comment

Previous Post Next Post