SENARAI KAWASAN YANG TERLIBAT DI DALAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DI KLANG, SELANGOR

SENARAI KAWASAN YANG TERLIBAT DI DALAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DI KLANG, SELANGOR

Dipetik daripada laman Facebook Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor :


KENYATAAN MEDIA

8hb Oktober 2020


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT DI KLANG

Majlis Keselamatan Negara di bawah Kerajaan Persekutuan telah umumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Mukim Klang.


Sehubungan dengan itu, MKN juga telah menetapkan bahawa semua sektor ekonomi untuk terus beroperasi dengan pematuhan ketat Tatacara Pengendalian Piawai (SOP).


Tambahan kepada itu, langkah-langkah tersebut yang dipersetujui oleh MKN akan dilaksanakan untuk mengawal penularan wabak COVID-19 di Mukim Klang. Kawasan-kawasan yang terlibat dalam PKPB Mukim Klang disertakan dalam lampiran kenyataan ini.


*Keselamatan*


• Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan kawalan termasuk sekatan jalan raya dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).


*Aktiviti*


• Dinasihatkan hanya ketua keluarga sahaja yang keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan / keperluan rumah. Orang-orang yang berisiko tinggi tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

• Restoran, kedai / gerai makan, kedai runcit, serbaneka serta warung dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

• Pembelian makanan digalakkan menggunakan kaedah pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. Dine in tidak dibenarkan.

• Waktu operasi stesen minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 11.00 malam.

• Operasi pasar adalah seperti yang berikut:

1. Pasar Borong : Jam 4:00 pagi sehingga Jam 2:00 petang

2. Pasar Biasa : Jam 6:00 pagi sehingga Jam 2:00 petang

3. Pasar Tani : Jam 6:00 pagi sehingga Jam 12:00 tengah hari

• Operasi pasar malam adalah tidak dibenarkan dalam tempoh ini.

• Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.

• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

• Pengangkutan awam seperti bas, teksi serta e-hailing dibenarkan beroperasi bermula jam 6:00 pagi sehingga 12:00 malam.


*Pendidikan dan premis sosial*


• Masjid, surau, rumah ibadat bukan islam, Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz, pusat jagaan kanak – kanak, taman awam, pusat rekreasi, indoor & outdoor playground adalah ditutup dalam tempoh ini.


Segala aktiviti rumah ibadat adalah ditangguhkan sementara sepanjang tempoh ini.


*Aktiviti Sukan, Rekreasi, Sosial dan Budaya*

• Semua aktivit sukan, rekreasi, sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan bermula 9 Oktober 2020 hingga 23 Oktober 2020.


Sebarang perkembangan berdasarkan kes COVID-19 di daerah ini akan diteliti dari semasa ke semasa.


Menghadapi situasi gelombang ketiga COVID-19, Kerajaan Negeri menegaskan bahawa kerjasama utuh antara industri, komuniti dan kerajaan amat perlu untuk kita memotong rangkaian jangkitan ataupun ‘flatten the curve’ virus ini.


Sentiasa patuh kepada Tatacara Pengendalian Piawai, pakai pelitup muka apabila perlu keluar dari rumah, guna aplikasi SeLangkah apabila memasuki sebarang premis dan sentiasa jaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter. InsyaAllah kita akan menang.


YAB Dato’ Seri Amirudin Shari

Menteri Besar Selangor


*LAMPIRAN*

*Kawasan yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Mukim Klang*


Bandar Bukit TInggi 

Kg Johan Setia

Kg Bukit Naga 

Kg Perigi Nenas

Kg Kuantan 

Kg Serdang

Bandar Puteri 

Kg Sungai Kandis

Taman Sri Andalas 

Lorong Sungai Udang

Taman Suria 

Mutiara Bukit Raja

Bandar Klang 

Pangsapuri Bukit Kuda

Ken Jimbaran 

Pangsapuri Palm Garden

Taman Andalas Permai 

Taman Desa Meru

Taman Seri Lembayung 

Taman Gembira

Kg Delek Kiri 

Taman Kim Batu Belah

Kg Sungai Udang 

Taman Klang Perdana

Taman Bayu Perdana 

Taman Klang Utama

Taman Sentosa 

Taman Pendamar Indah

Jalan Dato Dagang 

Taman Sejati

Jalan Haji Tarmizi 

Taman Setia

Jalan Kebun 

Taman Sri Muda

Jalan Muhibbah 

Taman Tenaga Bakti




Sumber :

https://www.facebook.com/260972524053126/posts/1729333703883660/


Post a Comment

Previous Post Next Post