Senarai Semak / Checklist Sebelum Meninggalkan Rumah Untuk Bercuti / Urusan Jangka Masa Yang Panjang

Senarai Semak / Checklist Sebelum Meninggalkan Rumah Untuk Bercuti / Urusan Jangka Masa Yang Panjang



Sekiranya anda meninggalkan rumah untuk waktu yang lama atas sebab-sebab percutian, urusan kerja atau urusan keluarga, terdapat beberapa perkara yang perlu anda fikirkan selain daripada mengemas beg anda.


Hentikan langganan surat, suratkhabar atau majalah.

Sekiranya anda pergi lebih lama dari seminggu, hentikan surat dan surat khabar atau minta jiran untuk membawanya masuk. Ini kerana sekiranya peti surat anda penuh dengan surat atau suratkhabar yang tidak diambil memberi isyarat tiada orang di dalam rumah!


Gunakan pemasa untuk memasang atau menutup lampu.

Letakkan pemasa pada sekurang-kurangnya satu lampu di rumah anda supaya kelihatan seperti seseorang ada di rumah. Pemasa yang dapat diprogramkan membolehkan anda menala waktu hidup / mati lampu setiap hari.



Pindahkan kereta anda.

Pindahkan kereta anda ke dalam garaj supaya tidak mudah terdedah kepada kecurian dan bahaya sekiranya berlaku ribut.




Matikan air.

Sekiranya anda pergi lebih lama dari seminggu, matikan bekalan air utama anda. Sekiranya anda tidak mahu mematikan semua air, tutup injap ke mesin basuh, mesin basuh pinggan mangkuk, pembuat ais dan tandas untuk mengelakkan kebocoran.



Selaraskan bidai / langsir dan kunci.

Anda pasti tidak mahu orang di luar melihat rumah yang kosong melalui tingkap, tetapi dalam masa yang sama anda juga tidak mahu menutup sepenuhnya semua langsir kerana anda tidak pernah melakukannya. Cara terbaik ialah menurunkan separuh langsir menutupi tingkap. Langsir dengan sedikit bukaan dapat memberi isyarat kepada orang luar ada “orang” di dalam rumah. Ingatlah juga untuk mengunci tingkap dan pintu anda untuk mengelakkan pencuri.



Bayar bil anda.

Bil Pembetung, elektrik, telefon, gas, pembayaran kereta dan sebagainya. Pastikan anda membuat pembayaran bil yang akan datang untuk memastikan kredit anda berada dalam keadaan baik dan bekalan utiliti anda tidak dipotong ketika anda berada di luar kawasan.




Beritahu syarikat penggera rumah anda atau maklumkan balai polis.

Sekiranya menggunakan peggera, beritahu mereka bahawa anda akan meninggalkan rumah dalam masa yang lama, waktu anda akan kembali dan jika ada yang akan masuk ke rumah anda. Maklumat ini sangat berguna sekiranya penggera anda berbunyi ketika anda tiada di rumah.
Anda juga boleh memaklumkan balai polis terdekat tempoh ketiadaan anda di rumah supaya pihak polis dapat membuat rondaan dengan lebih kerap.



Upah seseorang menjaga lanskap rumah.

Jika mempunyai halaman rumah yang luas, anda perlu mengupah seseorang yang dipercayai untuk memotong rumput dan menjaga lanskap rumah ketika anda tiada di rumah. Rumput yang panjang dan lanskap rumah yang terbiar menandakan tiada orang di rumah. Minta bantuan jiran sekiranya perlu.



Siram tanaman anda.

Jangan biarkan tanaman anda kering ketika anda tiada. Gunakan pemasa untuk menyiram tanaman pada masa-masa tertentu. Boleh juga minta bantuan jiran atau saudara-mara menyiram tanaman anda.





Bersihkan dapur anda.

Basuh pinggan kotor anda, bersihkan perangkap sink dan buang sisa makanan ke dalam tong sampah. Lap kaunter dapur dan buang makanan yang mudah rosak dari peti sejuk dan dapur. Pastikan sumber gas / elektrik ketuhar dan dapur masak dimatikan.



Kosongkan tong sampah di dalam rumah.

Buang sampah agar anda tidak pulang dengan bau busuk atau rumah dipenuhi makhluk perosak yang tidak diingini. Mintalah jiran atau rakan untuk membawa tong sampah anda ke tepi jalan dan membawanya kembali dengan segera selepas dikutip. Sekali lagi, tujuannya adalah untuk menjadikan rumah seperti berpenghuni.


Download / Muat Turun Borang Senarai Semak / Checklist Sebelum Meninggalkan Rumah Untuk Bercuti / Urusan Jangka Masa Yang Panjang


Klik Pautan ini untuk Download Senarai Semak Sebelum Meninggalkan Rumah




Post a Comment

Previous Post Next Post