Apa yang patut dilakukan jika anda seorang Person Under Surveillance (PUS)?
Sekiranya anda merupakan Person Under Surveillance (PUS) / Individu dalam Perintah Pengawasan dan Pemerhatian,
⚠️ Pastikan anda boleh dihubungi pada setiap masa
⚠️ Sentiasa berada di rumah sepanjang tempoh pengawasan dan pemerhatian dan digalakkan berada dalam bilik yang ada bilik air berasingan dengan orang lain
⚠️ Hadkan pelawat yang datang ke rumah
⚠️ Senaraikan semua orang yang datang ke rumah
⚠️ Sentiasa amalkan adab batuk dan bersin yang betul
⚠️ Sekiranya bergejala, sentiasa pakai pelitup muka
⚠️ Hadkan jarak fizikal dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter
⚠️ Pakai pelitup muka sekiranya keluar dari bilik dan elakkan bergaul dengan orang lain
⚠️ Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik
⚠️ Elakkan perkongsian peralatan makanan dan sentiasa amalkan penjagaan diri
⚠️ Pada hari ke-13, anda perlu jalani ujian serologi COVID-19 di klinik kesihatan / klinik swasta yang diiktiraf oleh KKM.
⚠️ Pada hari ke-14, hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan laporan ujian serologi untuk mendapatkan pelepasan daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, serta menanggalkan gelang perintah pengawasan.
Sila patuh dengan arahan perintah pengawasan dan pemerhatian bagi menghentikan wabak COVID-19. Individu yang ingkar boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat di sekelilingnya.
Kepatuhan Person Under Surveillance (PUS) / Individu dalam perintah pengawasan dan pemerhatian untuk kekal berada di rumah sangat dihargai.
Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3798453166872853&id=170501559668050