Apakah Kluster D'Bajaru, Kluster Gangsa, Kluster Batu Tujuh, Kluster Tanjung Bunga dan Kluster Kerengge?
Lima (5) kluster baharu Covid-19 di Malaysia telah dikenal pasti pada
hari ini Rabu, 25 November 2020 iaitu;
1. KLUSTER D’BAJARU
Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes-kes bagi
kluster ini mula dilaporkan positif COVID-19 sejak 11 November 2020
hasil saringan komuniti di dua kampung berisiko tinggi. Sehingga 25
November 2020, sejumlah 609 individu telah disaring, di mana 90 kes
telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER GANGSA
Kluster ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes indeks
(iaitu kes ke-56262) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan di
tempat kerja pada 23 November 2020. Sehingga 25 November 2020, sejumlah
78 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif
COVID-19 dalam kluster ini. Ini melibatkan satu (1) warganegara dan 29
bukan warganegara.
3. KLUSTER BATU TUJUH
Kluster ini melibatkan daerah Batu Pahat dan Johor Bahru di negeri
Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-54703) merupakan kes Severe Acute
Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22
November 2020. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 144 individu telah
disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster
ini.
4. KLUSTER TANJUNG BUNGA
Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks
(iaitu kes ke-53639) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections
(SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 November 2020.
Sehingga 25 November 2020, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana
11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER KERENGGE
Kluster ini melibatkan daerah Marang di negeri Terengganu. Kes indeks
(iaitu kes ke-49709) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan
individu bergejala pada 17 November 2020. Sehingga 25 November 2020,
sejumlah 680 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah
dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Sumber :
http://covid-19.moh.gov.my/sorotan/112020/lima-5-kluster-baharu-dilaporkan-hari-ini-25112020