Apakah Kluster Kasir, Kluster Sri Jujur, Kluster OAD, Kluster Enggor dan Kluster Makmur?

Apakah Kluster Kasir, Kluster Sri Jujur, Kluster OAD, Kluster Enggor dan Kluster Makmur?

 

LIMA (5) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (JUMAAT, 20/11/2020)

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, Jumaat, 20 November 2020 iaitu;


1. KLUSTER KASIR



Kluster ini melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke39566) merupakan seorang pekerja pasaraya yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 8 November 2020.

Sehingga 20 November 2020, sejumlah

  •     143 individu telah disaring, di mana
  •     28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tawau.



2. KLUSTER SRI JUJUR



Kluster ini melibatkan daerah Klang, Sepang, dan Petaling, Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-39977) dikesan positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 8 November 2020.

Sehingga 20 November 2020,

  •     sejumlah 273 individu telah disaring, di mana
  •     41 kes telah dikesan positif COVID-19.

Kluster berkaitan tempat kerja ini melibatkan lima (5) warganegara dan 36 bukan warganegara.



3. KLUSTER OAD


Kluster ini melibatkan daerah Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, dan Jempol di Negeri Sembilan serta daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-41974) dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 November 2020.

Sehingga 20 November 2020,

  •     sejumlah 73 individu telah disaring, di mana
  •     11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Hospital Tampin dan Hospital Rembau.



4. KLUSTER ENGGOR


 

Kluster ini melibatkan daerah Kerian, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Kinta di negeri Perak. Kes indeks (iaitu kes ke-45072) dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 November 2020.

Sehingga 20 November 2020,

  •     sejumlah 280 individu telah disaring, di mana
  •     12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Hospital Teluk Intan dan Hospital Taiping.



5. KLUSTER MAKMUR


 

Kluster ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru, Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-51614) dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 19 November 2020.

Sehingga 20 November 2020,

  •     sejumlah 68 individu telah disaring, di mana
  •     enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang




Sumber :
http://covid-19.moh.gov.my/sorotan/112020/lima-5-kluster-baharu-dilaporkan-hari-ini-20112020


Post a Comment

Previous Post Next Post