Apakah Kluster Sabaru, Kluster Tomher, Kluster Garden, Kluster Putra-18, Kluster Murni, Kluster Seri Pasir, Kluster Besi Demak dan Kluster Parit Kassan?

Apakah Kluster Sabaru, Kluster Tomher, Kluster Garden, Kluster Putra-18, Kluster Murni, Kluster Seri Pasir, Kluster Besi Demak dan Kluster Parit Kassan?

 


LAPAN (8) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (Rabu, 18/11/2020)

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lapan (8) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER SABARU


 

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-33940) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan komuniti di kawasan setempat telah mengesan sebanyak 87 lagi kes positif COVID-19 dalam kluster ini. Kes-kes tersebut telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Sepagaya.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,627 individu telah disaring, di mana:

    88 kes dikesan positif COVID-19 (70 kes baharu);
    22 individu dikesan negatif; dan
    1,517 individu masih menunggu keputusan.

2. KLUSTER TOMHER


 

Kluster baharu ini melibatkan daerah Ranau di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini merupakan pekerja buruh binaan yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kumpulan berisiko tinggi sejak 9 November 2020. Kesemua kes tersebut telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Dewan Kompleks Sukan Ranau.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 276 individu telah disaring, di mana:

    20 kes dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu);
    Enam (6) individu dikesan negatif; dan
    250 individu masih menunggu keputusan.

3. KLUSTER GARDEN 


 

Kluster baharu ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-38689) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana:

    11 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); dan
    24 individu dikesan negatif.

4. KLUSTER PUTRA-18



Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta daerah Petaling dan Sepang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-48520) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana:

    Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); dan
    45 individu masih menunggu keputusan.

5. KLUSTER MURNI



Kluster baharu ini melibatkan daerah Cheras dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-46773) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19. Kesemua telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 17 individu telah disaring, di mana:

    Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
    Lapan (8) individu dikesan negatif; dan
    Dua (2) individu masih menunggu keputusan.

6. KLUSTER SERI PASIR



Kluster baharu ini melibatkan daerah Timur Laut di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-47348) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 24 individu telah disaring, di mana:

    11 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu); dan
    13 individu masih menunggu keputusan.

7. KLUSTER BESI DEMAK



Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-47382) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak empat (4) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 237 individu telah disaring, di mana:

    Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
    220 individu dikesan negatif; dan
    12 individu masih menunggu keputusan.

8. KLUSTER PARIT KASSAN



Kluster baharu ini melibatkan daerah Tangkak, Johor dan daerah Melaka Tengah, Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-47391) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 105 individu telah disaring, di mana:

    11 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    70 individu dikesan negatif; dan
    24 individu masih menunggu keputusan.
 

 

Sumber :

 http://covid-19.moh.gov.my/sorotan/112020/lapan-8-kluster-baharu-dilaporkan-hari-ini-18112020

 

Post a Comment

Previous Post Next Post