Gempar! : Google Photos akan berhenti menawarkan muat naik percuma bermula 1 Jun 2021

Google Photos akan menamatkan muat naik percuma bermula 1 Jun 2021



Salah satu ciri utama Google Photos adalah muat naik dan sandaran (backup) foto dan video tanpa had secara percuma di dalam 'compressed format'. Google kini telah mengumumkan bahawa ciri ini akan ditamatkan pada 1 Jun 2021.


Mulai 1 Jun, sebarang fail yang dimuat naik ke Google Photos akan dikira di dalam storan lalai 15GB yang anda peroleh dengan setiap akaun Google baharu atau storan tambahan yang dibeli dengan langganan Google One.


Sebelum ini, hanya gambar yang dimuat naik dalam kualiti Original yang akan dikira ke ruang storan 15GB anda, sementara gambar yang dimuatkan dalam tetapan berkualiti tinggi yang dimampatkan (high quality) adalah percuma. Mulai 1 Jun, semua gambar akan dianggap sama.


Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira di sini.  


1. Pertama sekali, semua gambar yang dimuat naik sebelum 1 Jun 2021 tidak akan dikira. Perubahan ini hanya berlaku untuk gambar yang dimuat naik selepas tarikh tersebut.


2. Ia juga tidak bermaksud anda akan diminta membayar untuk perkhidmatan Google Photos pada 1 Jun 2021. Sekiranya anda tidak menggunakan 15GB percuma penuh yang disertakan dengan setiap akaun Google, anda boleh terus memuat naik sehingga penuh. Apabila telah mencapai had 15GB, barulah anda akan diberi pilihan untuk melanggan salah satu pelan Google One jika anda ingin terus memuat naik.


3. Walaubagaimanapun, jika anda tidak aktif dalam perkhidmatan ini selama lebih dari dua tahun atau melebihi had simpanan 15GB anda selama lebih dari dua tahun, maka Google berkemungkinan menghapus kandungan anda di beberapa perkhidmatan berkaitan.


4. Berita gembira sekiranya anda mempunyai Pixel 1-5, foto yang dimuat naik dari peranti tersebut tidak akan terkesan dengan pengumuman ini. Foto dan video yang dimuat dalam kualiti tinggi (high quality) dari peranti tersebut akan terus dikecualikan daripada perubahan ini, walaupun selepas 1 Jun 2021.


5. Google akan menawarkan alat bantu (tools) pada bulan Jun 2021 yang akan membolehkan anda menguruskan foto dan video yang disandarkan (backup) dan memilih apa yang anda mahu simpan dan apa yang ingin anda hapus. Alat ini akan secara automatik menyoroti kandungan seperti gambar gelap atau kabur atau video besar yang mungkin tidak mahu disimpan.

Alat bantu ini juga akan memberi peringatan sekiranya anda telah menghampiri kuota percuma 15GB di dalam App Google Photos dan melalui email.


Perubahan ini berlaku untuk semua pengguna Google Photos di semua platform, termasuk Android, iOS, dan Desktop.


Sila periksa email anda kerana Google telah mula memaklumkan perubahan besar ini kepada pengguna sebagai persediaan awal.


Sumber :



Post a Comment

Previous Post Next Post