LAPORAN COVID-19 DI MALAYSIA PADA AHAD, 8 NOVEMBER 2020
Pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 825 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 28,234 kes (70.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Secara keseluruhannya, sehingga 8 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 852 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 40,209 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,689 kes.
Ingin dimaklumkan daripada 852 kes baharu pada hari ini, terdapat 13 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan lapan (8) warganegara dan lima (5) bukan warganegara yang tiba dari negara:
• Indonesia (3 kes);
• Arab Saudi (3 kes);
• Nepal (2 kes);
• Maghribi (1 kes);
• Emiriah Arab Bersatu (1 kes);
• United Kingdom (1 kes);
• Turki (1 kes); dan
• Korea Selatan (1 kes).
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
• Sabah: 524 kes
o 89 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o 338 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o 97 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Selangor: 136 kes
o 45 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ikhtisas;
o 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
o Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
o 46 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Negeri Sembilan : 104 kes
o 93 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ikhtisas;
o Lapan (8) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
o Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
o Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Wilayah Persekutuan Labuan : 23 kes
o Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Pulau Pinang : 18 kes
o 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
o Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 11 kes
o Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
o Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Perak : Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada.
• Melaka : Lima (5) kes
o Tiga (3) daripada kluster baharu iaitu Kluster Berendam; dan
o Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
• Kedah : Tiga (3) kes
o Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Sarawak : Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Wilayah Persekutuan Putrajaya : Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
• Kelantan : Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Johor : Satu (1) kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
• Terengganu :Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
Terdapat 94 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di ICU, di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan. Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 286 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Sumber :
https://www.facebook.com/578835322140360/posts/3818053504885176/