PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA (DPPM)
Alhamdulillah. Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia - DPPM telah mengadakan mesyuarat susulan pengumuman Menteri Kanan Pendidikan, YB Dr. Radzi Jidin. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Sektor Pendidikan DPPM dan turut dihadiri Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah SRITI Malaysia dan Ketua Pengarah SMITI Malaysia.
Berikut adalah keputusan yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan di semua peringkat:
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI):
- Semua PASTI akan ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir pada 30 November 2020. Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pemudah cara (PDPC) akan tetap diteruskan secara home-based learning mengikut kesesuaian guru, murid dan PASTI. Disember diisytiharkan cuti sepenuhnya bagi PASTI dan tiada PDPC akan dijalankan.
- Penggal baharu akan bermula pada 20 Januari 2021. Urusan pendaftaran bagi sesi baharu PASTI akan bermula pada 4 Januari mengikut kesesuaian PASTI masing-masing.
- Berkenaan Silibus SPPM, Yuran dan Kebajikan Guru sepanjang tempoh ini, PASTI Malaysia akan mengeluarkan Pekeliling Khas sebagai panduan dan perincian berkenaan perkara tersebut.
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI):
- SRITI akan mengikuti keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu semua SRITI akan ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B.
- Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara home-based learning mengikut kesesuaian guru, murid dan SRITI.
- Sepertimana Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 yang diumumkan KPM sebelum ini, penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari 2021. Semua murid SRITI akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut.
- Berkenaan Peperiksaan, Yuran dan Kebajikan Guru sepanjang tempoh ini, SRITI Malaysia akan mengeluarkan Pekeliling Khas sebagai panduan dan perincian berkenaan perkara tersebut.
Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI):
- SMITI akan mengikuti keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu semua SMITI akan ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B.
- Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara home-based learning mengikut kesesuaian guru, pelajar dan SMITI.
- Sepertimana Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 yang diumumkan KPM sebelum ini, penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari 2021. Semua pelajar SMITI akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut.
- Berkenaan Peperiksaan, Yuran dan Kebajikan Guru sepanjang tempoh ini, SMITI Malaysia akan mengeluarkan Pekeliling Khas sebagai panduan dan perincian berkenaan perkara tersebut.
Amalkan norma dan kebiasaan baharu! Didoakan semoga dipermudahkan segala urusan urusan kita dalam berhadapan pandemic COVID-19 ini. Semoga Allah memberkati kita semua dalam jihad pendidikan ini. Teruskan perjuangan! 👍💚🇲🇾
Dikeluarkan Oleh:
Ir. Ts. Hj. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN,
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
Tarikh: 8 November 2020 | 22 Rabi’ul Awwal 1442
https://www.facebook.com/100009760117468/posts/1332628377072487/?d=n