Ringkasan Buku Malaysia Health Sector Response to COVID-19 Pandemic

Ringkasan Buku Malaysia Health Sector Response to COVID-19 Pandemic


Pandemik COVID-19 merupakan suatu krisis yang belum pernah terjadi sebelumnya dan telah mewujudkan suasana yang amat mencabar bagi seluruh penduduk dunia dan juga rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, Malaysia telah menggerakkan tindakbalas yang pantas dan signifikan hingga diiktiraf sebagai antara lima negara terbaik di dunia dalam mengawal pandemik ini. 


Buku"Malaysia Heath Sector Response to COVID-19 Pandemic" adalah dokumentasi persiapan rapi, strategi,serta tindakan yang telah diambil sejak virus ini pertama kali muncul di Malaysia sehinggalah pada 30 Jun 2020. 


Laporan ini telah diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IHSR), Institut Kesihatan Negara NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak. Dokumentasi ini adalah gabungan pelbagai perspektif pelbagai pasukan, organisasi serta agensi yang telah memainkan peranan yang komited dan luar biasa dalam memerangi COVID-19 di Malaysia. 


Pendekatan secara “whole of government and whole of society” adalah antara elemen kejayaan Malaysia. Pendekatan ini juga telah memupuk perpaduan dan menyemarakkan semangat solidariti antara segenap lapisan rakyat Malaysia. 


YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Adham Baba telah menyerahkan buku ini kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin baru-baru ini di Pejabat Perdana Menteri.


Isi kandungan buku ini adalah tentang perkembangan COVID-19 di Malaysia, dan huraian tentang strategi kesihatan awam yang dilaksanakan. Peranan dan strategi di peringkat klinik, hospital, serta makmal turut dipaparkan. 


Penglibatan agensi lain dan perspektif komuniti juga dikongsi bersama. Walaupun pelbagai cabaran dihadapi, koordinasi dan kerjasama yang efektif antara pemimpin dengan pasukan barisan hadapan telah memungkinkan kesinambungan usaha dalam untuk memutuskan rantai jangkitan dan “flattening the curve” di Malaysia. 


Pertarungan ini masih belum berakhir, dan usaha menangani pandemik COVID-19 ini mesti terus digiatkan bersama oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira siapa pun kita.




Pautan E Book :


http://library.nih.gov.my/e-doc/Flip-Book/Malaysian-Health-Sector-Response-to-COVID-19-Pandemic/index.html


Sumber :

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157483901671237/


Post a Comment

Previous Post Next Post