Ustaz Ebit Lew Bergegas Ke Johor Ziarah Anggota Keselamatan Kemalangan Semasa Bertugas

Ustaz Ebit Lew Bergegas Ke Johor Ziarah Anggota Keselamatan Kemalangan Semasa Bertugas


Sayu sangat hati hari ini perginya seorang pejuang anggota PDRM Konstabel Nicholester Dadup Unggat. Dan seorang lagi cedera parah L-Kpl Mohamad Fadhirul. Mereka kemalangan semasa mengejar penjenayah. 


Terus bergegas ke Johor. Sampai jer terharu sangat. Ketua Polis Johor yang teramat saya hormati dan sayangi Dato Ayob Khan menanti saya dan bawa ziarah mereka walau dah malam. Semua anggota Polis dan keluarga ramai disini.


Kakaknya mendiang tadi kata,terharu sangat dan tak sangka ustaz datang ke sini. Saya ikut ustaz. Kakaknya menangis jer tadi. Esok mendiang akan dibawa ke Sibu oleh PDRM semuanya. Dari kecil beliau ingin menjadi polis. Banyak kali interview naik bas. Cita-citanya nak jadi polis. Baru berumur 20 tahun. Kakaknya Nurse Hospital. Menangis jer tadi. Sempat beri kata semangat dan ucap takziah dan sabar. Baik kakaknya. 


Selepas itu ziarah seorang lagi anggota cedera parah. Isteri dan anak semua ada kawasan hospital. Sayu jer rasa. Menangis jer isterinya. Allahuakbar..


Saya beri sumbangan Rm2ribu setiap keluarga. Tak terbalas perjuangan dan pengorbanan mereka. Semoga keluarga semua tabah-ebitlew











Sumber : 

https://www.facebook.com/100003248760393/posts/3448226578628934/


Post a Comment

Previous Post Next Post