Apakah Kluster Batu Tiga, Kluster Jalan Domis, Kluster Andalas dan
Kluster Tapak Bina Bulatan?
Terdapat empat (4) kluster baharu Covid-19 di Malaysia yang telah
dikenal pasti pada hari ini, Sabtu, 5 Disember 2020 iaitu;
1. KLUSTER BATU TIGA
Kluster ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu
kes ke-49006) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 November 2020
hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah
28 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif
COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN DOMIS
Kluster ini melibatkan daerah Penampang, Kota Kinabalu dan Tongod di
negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-63267) telah dilaporkan positif
COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan kontak rapat. Sehingga 5
Disember 2020, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana 12 kes
telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3, KLUSTER ANDALAS
Kluster ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks
(iaitu kes ke-68771) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Disember
2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Disember 2020,
sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan
positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER TAPAK BINA BULATAN
Kluster ini melibatkan daerah Cheras, Titiwangsa dan Lembah Pantai di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-67708) telah
dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020 hasil saringan sebelum
ke luar negara. Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 319 individu telah
disaring, di mana 163 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster
ini.
Sumber :
http://covid-19.moh.gov.my/sorotan/122020/empat-4-kluster-baharu-dilaporkan-hari-ini-05122020