Apakah Kluster Desa Pinang, Kluster Impian, Kluster Baloi, Kluster
Jernai dan Kluster Seri Wangsa?
Terdapat lima (5) kluster baharu Covid-19 di Malaysia yang telah
dikenal pasti pada hari ini, Rabu 2 Disember 2020 iaitu;
1. KLUSTER DESA PINANG
Kluster ini melibatkan daerah Kepong, Lembah Pantai, Titiwangsa dan
Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Gombak di
negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-62596) telah dilaporkan
positif COVID-19 pada 28 November 2020 hasil saringan individu
bergejala. Sehingga 2 Disember 2020, sejumlah 120 individu telah
disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster
ini.
2. KLUSTER IMPIAN
Kluster ini melibatkan daerah Gombak, Selangor. Kes indeks (iaitu kes
ke-63700) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil
saringan individu bergejala. Sehingga 2 Disember 2020, sejumlah 220
individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif
COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER BALOI
Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Pontian, Johor. Kes
indeks (iaitu kes ke-63152) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28
November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 2 Disember
2020, sejumlah 166 individu telah disaring, di mana 30 kes telah
dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JERNAI
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-64196) telah dilaporkan positif
COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan sebelum ke luar negara.
Sehingga 2 Disember 2020, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana
13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER SERI WANGSA
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-64193) telah dilaporkan positif
COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan individu bergejala.
Sehingga 2 Disember 2020, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana
lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Sumber :
http://covid-19.moh.gov.my/sorotan/122020/lima-5-kluster-baharu-dilaporkan-hari-ini-02122020